Showing posts with label sotong Paul. Show all posts
Showing posts with label sotong Paul. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Ramalan Sotong Paul : Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

Ramalan Paul Malaysia Juara


Patutlah malam tadi rasa nak tidur awal jer. rupa-rupanya Garuda dapat alamat mimpi dari sedara Paul yang dah arwah ni Malaysia bakal dinobat Juara baru Piala AFF Suzuki 2010 pada edisi kali ini.

Betul atau tidak sama-sama kita tunggu aksi sebenar Malaysia dengan Indonesia dalam pertembungan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010 Ahad nie. Garuda ada2 set baju Malaysia yang biru+ kuning tapi tak tahu lagi nak pakai yang mane satu. Hope Malaysia pakai yang Biru ni.. biasanya ade 'ong' bila Malaysia pakai baju biru.

Tapi biar ape pun yang mereka akan pakai hope player Malaysia dapat berjuang bermati-matian hingga titisan keringat terakhir demi mengembalikan maruah bola sepak negara yang semakin tampak sinar kebangkitannya.

Garuda dan jutaan rakyat Malaysia yang lain akan menjadi pemain ke-12 yang akan menggamatkan stadium untuk sama-sama kita mencipta sejarah bola sepak negara melakar kejuaraan pertama piala kejohanan rantau asia tenggara itu. Nantikan ngauman Harimau Malaya...Argguuummm!!!! Jom sama-sama kita turun pakat-pakat kita sokong Malaysia... Bukan selalu dapat rasa macam ni...


SPG : Thanks to bro Paul di atas ramalannya yang memihak Malaysia...Nak sedekahkan Al-fatihah payah lak sebab dia sotong....huhuh..makan sotong goreng tepung jer lah...heheheh

Friday, July 9, 2010

Prediction Octopus Paul Holland vs Spain

Paul Si Nujum Pak Sotong


Untuk kesekian kalinya si Paul Nujum Pak Sotong tampil di khalayak umum untuk membuat ramalan. Kali ini Pilihan Paul adalah membabitkan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang menemukan dua jaguh tradisi Eropah Belanda menentang Spain.

Namun seperti yang dimaklumkan oleh pemilik sotong ini, Paul sebelum ini yang hanya membuat ramalan hanya akan meramal pertembungan yang membabitkan Pasukan German sahaja. Adakah ramalan Paul kali ini akan meleset berikutan meramal perlawanan yang tidak membabitkan pasukan 'negaranya'???

Dan sebentar tadi Paul yang diberi peluang membuat ramalan telah memilih SPANYOL akan menjuarai Piala Dunia edisi kali ini dan menundukan seterunya Belanda.

Apapun ramalan Paul, sama-sama kita tunggukan siaran langsung pertembungan 'Clash Of The Titans' ini pada awal pagi 12/07/2010 ini.




Sudut Pandang Garuda (SPG) : Harap-harap ramalan Paul kali ni salah dan org tak percaya pada 'dia' lagi...huhuhu...sebab aku sokong HOLLAND!!!!!!....

Wednesday, July 7, 2010

Nujum Pak Sotong

Paul si Nujum Pak Sotong ramal Spain menang ke atas Germany

Seperti mana yang diketahui umum Paul ni memang tepat meramal keputusan WC 2010 terutama bagi keputusan Germany (mungkin kebetulan je tu). Sejak glamournye cik sotong kita ni orang ramai datang berpusu-pusu untuk menyaksikan sendiri kehebatan 'dia' membuat ramalan. Dan kali ini untuk perlawanan separuh akhir ke-2, Paul si Nujum Pak Sotong sekali lagi membuat ramalan bahawa pertembungan awal pagi nanti di antara Spanyol vs Germany akan memihak kepada Spanyol.

Apa-apa pun ramal si sotong ni, itu cuma ramalan. Tak ada kena mengena dengan perlawanan sebenar nanti. Semuanya bergantung atas usaha pemain-pamain di atas padang. Namun ini macam satu sokongan moral bagi pemain, peminat dan penyokong Spain untuk stay malam ini tengok semi final ke-2 selepas maranya Holland menempah tiket Final awal pagi tadi dengan kemenangan 3-2 ke atas Uruguay.



p/s : Aku tetap sokong Holland...huhuhuh..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP