Friday, September 30, 2011

Pakar Modified Kereta Terhebat!!!

Apabila kreatif melampaui batasan...Batasan adalah Illusi..Dan Hasilnya...





Wednesday, September 28, 2011

Jabatan BOMBA : Apa Maksud Sebenar BOMBA?

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Entry Rimau kali ni nak share2 dengan korang semua tentang perkara yang dari kecik lagi kita tau tapi sebenarnya rata-rata antara kita masih tak betul2 tahu..Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..tapi apa maksud perkataan BOMBA tu sendiri. Pelikkan sebab kita main sebut je tapi tak tau akroname bagi ape BOMBA tu...tapi rasa-rasa abang Bomba mesti tau ni kan..Sebab kat Malaysia je panggil BOMBA..

Cuma Rimau nak share kat sini B.O.M.B.A tu maksudnya adalah

Badan Organisasi Mencegah Bencana Alam


Yang ni Bukan BOMBA Malaysia yek...ni minuman tenaga jer.. ;P


Sudut Pandang Rimau : saje je nak share sebab arini baru tau ape tu BOMBA...hehehe..

Monday, September 26, 2011

KEPUTUSAN BADMINTON TERBUKA JEPUN 2011 | LEE CHONG WEI VS CHEN LONG

Datuk Lee Chong Wei

Pemain kesayangan kita iaitu pemain No.1 Dunia Datuk Lee Chong Wei dikejutkan dari mimpi yang lena apabila tumbang mengejut kepada pemain muda China Chen Long pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Terbuka Super Siri Jepun 2011.

Pada perlawanan tersebut Lee Chong Wei tewas mudah pada set pertama dengan 8-21 sebelum bangkit pada set kedua untuk menang 21-10. Namun pada set penentuan jaguh negara itu tumbang 19-21 sekaligus menyerahkan gelaran juara terbuka Jepun 2011 kepada pemain muda China tersebut.
Chen Long

Dengan kekalahan mengejut Lee Chong Wei ini akan menimbulkan seribu tanda tanya apakan dia mampu untuk membutirkan pingat emas pertama negara pada sukan Olimpik London 2012 nanti?

Sudut Pandang Rimau : Rasa seperti ada yang tak kena dengan prestasi hambar Datuk Lee Chong Wei ni... Tetiba je down prestasi dia...pelik-pelik...

Sunday, September 25, 2011

Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia – Najib


Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti. Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.

"Jika kita bertanya kepada golongan ulama, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya kita tidak mengambilkira keadaan persekitaran dan realiti. "Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tanjung Tualang 1Malaysia di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan. Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.

"Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya.

Kredit Kepada : mStar

Cek Sini : [ Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains ]

Sudut Pandang Rimau : Apa yang dimaksudkan dengan ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’? Maknanya ada hukum Allah yang keterlaluan ke? Kompius ni kalau Hukum Allah ada silap..ce komen...ce komen skit..

Friday, September 23, 2011

Bajet 2012 - Kenaikan Gaji Atau Bonus Lumayan Untuk Penjawat Awam Dikaji


Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13. Perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Sudut Pandang Rimau : Harap2 ada berita baik untuk semua rakyat Malaysia sekali..betul tak?

Wednesday, September 21, 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia vs Jepun Olimpik 2012

Barisan Skuad Harimau Muda

Pertembungan pertama skuad Harimau Muda untuk menempah tiket ke sukan olimpik 2012 dalam acara bola sepak menemukan mereka dengan skuad samurai biru iaitu Jepun yang dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pusingan akhir di Landon 2012 nanti.

Ayuh sama-sama kita beri sokongan kepada barisan muda negara dalam mengharungi perlawanan tersebut yang dijadualkan berlangsung jam 7.00 malam waktu Malaysia yang dibawakan secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan RTM TV2 untuk kita mengetahui keputusan semasa perlawanan Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Tosu Jepun.

Update Terkini (Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia vs Jepun 21 September 2011) :

Japan 2 - 0 Malaysia

Sudut Pandang Rimau : Harimau Muda tetap mengaummm!!!! AUUUMMMM!!!!!

Tuesday, September 20, 2011

Isu Zizan Hina Islam Dalam Hantu Bonceng - Zizan Minta Maaf


"Saya faham, apa yang salah... salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap," demikian tulis Zizan dalam Twitternya berhubung kontroversi yang mendakwa dia menghina Rasullullah di dalam satu adegan filem Hantu Bonceng.

Dalam kenyataan laman blog Milo Suam, Zizan dikatakan dengan sengaja jelas menghina Rasulullah apabila dalam satu babak yang dilakonkannya menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"




Tambah blog tersebut, Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Sudut Pandang Rimau : Siapa yang salah dalam situasi ni? fikir2kan lah..

Sunday, September 18, 2011

Game Menarik Untuk Korang Cuba.. Jom Layan

Langkah 1..
Masukkan 3 digit pertama no fone korg (x temasuk 01x)

... Langkah 2:
Darab dengan 80

Langkah 3:
Tambah dengan 1

Langkah 4:
Darab dengan 250

Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit last no fone korang..

Langkah 6:
Tambah lagi skali 4 digit last no. fone tu

Langkah 7:
Tolak dengan 250

Langkah 8:
Bahagi dengan 2

Agak-agak ape hasil yang korang dapat.. cer citer skit.. Huhuhuh..

Aksi Mat Rempit Terlampau

Adus!! Memang terlampau betul aksi Mat Rempit ni.

Thursday, September 15, 2011

Filem Raya Tak Jadi Terbaik!!

Tiket Filem Raya Tak Jadi

Rimau baru je balik dari panggung kat Alamanda Putrajaya menonton Filem yang baru mula ditayangkan hari ni iaitu Filem Raya Tak Jadi. Lakonan Johan Raja Lawak, Saiful Apek, Jalaludin Hassan dan banyak lagi pelakon-pelakon yang hebat. Memang terbaik filem ni memandangkan mood raya masih lagi ade..tak sangka gandingan Apek dengan Johan sememangnya menjadi sebab lawak diorang memang macam selamber jer.. Pure Spontan.. So sesiapa yang tak tgk lagi cepat2 ke panggung berdekatan korang tuk sama-sama ketawa terbahak2 kat dalam panggung nanti.





Rimau Bagi 5 Bintang Tuk Filem ni.. ;)

Sony lancar Playstation Vita Di Jepun

HIROSHI menunjukkan PS Vita yang bakal menjengah pasaran dunia awal tahun depan di Tokyo


SONY Corp akan melancarkan produk terbarunya, Playstation Vita (PS Vita) pada 17 Disember depan di Jepun sebagai permulaan pelancaran seterusnya di peringkat global. Syarikat itu bagaimanapun bertegas bahawa mereka tidak akan mengurangkan harga peranti permainan mudah alih itu walaupun pesaingnya, Nintendo sudah melakukannya menerusi pemberian diskaun kepada pengguna.

Sony dikritik kerana meletakkan harga terlalu tinggi pada alat permainan itu tetapi penganalisis berpendapat gajet itu tetap menjadi pilihan peminat tegar permainan video yang tidak kisah berbelanja lebih. Presiden Sony Computer Entertainment Japan, Hiroshi Kawano telah membentangkan pelan pelancaran domestik kepada wartawan iaitu sehari sebelum bermulanya Tokyo Game Show.

Demo PS Vita

PS Vita yang pertama kali didedahkan di Tokyo Januari lalu, dijangka dijual di Amerika Syarikat dan Eropah pada awal tahun depan, namun tarikh sebenar masih belum diketahui. Sony berkata, ia akan melancarkan 26 jenis perisian bersama-sama PS Vita pada 17 Disember depan dan NTT Docomo, pembekal telefon bimbit terbesar di Jepun juga akan membekalkan pelan prabayar 3G kepada pengguna PS Vita.

Pesaingnya, Nintendo menurunkan harga untuk peranti permainan mudah alih keluarannya sehingga 40 peratus kepada AS$195 (RM593.79) bulan lalu.
Ia dibuat selepas produk itu mengalami jualan yang tidak memberangsangkan dan turut memperkenalkan beberapa perisian baru kelmarin dalam usaha menarik minat pembeli.

Harga PS Vita Ini dianggar AS$325 (RM989.654) bagi model wifi dan AS$390 (RM1,187.59) untuk model wifi dan 3G.

Sunday, September 11, 2011

Jom Belajar Bahasa Jepun Dengan Cara Yang Ringan



Cuba Eja Nama Korang Dengan menggunakan abjad2 Bahasa Jepun Ni

A = Ka, B = Tu, C = Mi, D = Te, E = Ku, F = Lu,
G = Ji, H = Ri, I = Ki, J = Zu, K = Me, L = Ta,
M = Rin, N = To, O = Mo, P = No, Q = Ke,
R = Shi, S = Ari, T = Chi, U = Do, V = Ru, W = Mei,
X = Na, Y = Fu, Z = Zi

Rimau = ShiKiRinKaDo...heheheh...sedap gak bunyinyer.. ;P

Friday, September 9, 2011

6 Peratus Caj Cukai Perkhidmatan Pengguna Telefon Prabayar


Telco Malaysia

Pihak Telco Malaysia baru-baru ini mengumumkan untuk mengenakan caj cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6% kepada semua pengguna telefon prepaid di Malaysia termasuk pengguna Maxis, DiGi, Celcom dan seangkatan dengannya... Apakah rasionalnya mereka meletakkan beban caj cukai kerajaan ini kepada pelanggan-pelanggan mereka sendiri? Adakah Pro dan Contranya? Ce Citer..Ce Citer...Ce Citer kat Rimau sikit... :P

Sudut Pandang Rimau : Naik lagi satu kos sara hidup aduh...aduh...aduhhhh......huhuhuh...

Thursday, September 8, 2011

Cut Tari Dilapor Meninggal Dunia

Cut Tari

JAKARTA: Aktres yang dikaitkan dengan skandal penyebaran video lucah bersama vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham, Cut Tari dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani penggambaran di Jakarta semalam.

Akhbar harian Kompas menyatakan, berita kematian Cut Tari menimbulkan kekecohan dikalangan peminatnya di Indonesia yang mahu mengetahui perkembangan lanjut serta punca kematiannya. Kompas melaporkan khabar angin kematian Cut Tari tersebar selepas beredarnya pesanan ringkas ‘berantai’ melalui Blackberry semalam yang berbunyi:

“Inalillahi, berita duka daripada artis Indonesia yang terbabit dalam kes video lucah Cut Tari menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet Jakarta Selatan jam 2.27 petang ini. Dia dibawa ke hospital sejam sebelum itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Semua doktor yang merawat beliau belum dapat menyatakan punca kematiannya, manakala keluarga Allahyarham meminta agar jenazahnya dibedah siasat.”

“Pesanan ringkas itu kemudian disusuli berpuluh kiriman melalui Twitter oleh peminat Cut Tari yang mahu mengesahkan mengenai berita kematiannya, sebilangan mereka tidak percaya dengan berita itu dan menganggapnya hanya khabar angin,” kata Kompas.

Bagaimanapun, satu akaun Twitter yang dinamakan sebagai Cuttarytweet, kemudian memaklumkan bahawa berita itu tidak benar.
“Cut Tari dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah berlaku. Dia sedang menjalani penggambaran untuk satu rancangan televisyen di Jakarta,” katanya.

Kenyataan itu kemudian disahkan akaun pengurusan Cut Tari @icontalentmgmt yang menyatakan aktres itu sihat, manakala berita yang disebarkan adalah palsu. Cut Tari menggemparkan Indonesia dan negara jirannya pada pertengahan 2010, selepas tersebarnya rakaman video lucah mirip wajah aktres itu melakukan hubungan seks dengan Ariel.

Berikutan pendedahan itu kontrak Cut Tari atau nama sebenarnya Aminah Anasya sebagai pengacara rancangan Infotainment Insert di TransTV dibatalkan. Pelakon berdarah Aceh yang pernah memenangi ujian tilawah al-Quran peringkat daerah itu, pada mulanya menafikan sekeras-kerasnya bahawa imej di dalam rakaman video berkenaan adalah dirinya.

Bagaimanapun dalam satu sidang akhbar yang diadakan tidak lama selepas itu Cut Tari akhirnya mengaku bahawa dia adalah pelaku di dalam video terbabit.

Credit Kepada Pak Harian

Wednesday, September 7, 2011

Kesan Tembakan Bom Mortar Paling Dahsyat

Jangan Tengok Kalau Tak Berani

Sudut Pandang Garuda : Bersepai Daging Tu...Ha..ha...ha...

Bukan Gambar-gambar Lucah














Sekadar Untuk Hiburan

Sudut Pandang Rimau : Jangan Pikir bukan-bukan Ye...huhuhuh

Monday, September 5, 2011

Banner Presiden PAS Nik Abdul Aziz Kena Salib

Salah Siapa Angkara Ini Semua..

Sudut Pandang Rimau : Dihari dan Bulan yang baik ini seelok-eloknya umat islam saling bermaaf-maafan dan mengeratkan Tali Silaturrahim diantara sesama muslim...Kerana itu yang dituntut Ajaran Islam..Renung2kanlah..

Sunday, September 4, 2011

Jenazah Jurukamera BERNAMA TV Noramfaizul Selamat Sampai Malaysia


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama menunaikan solat jenazah jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohamad Nor di masjid pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang hari ini. Allahyarham terkorban Jumaat lalu, selepas terkena tembakan peluru sesat ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan Putera Umno 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Pesawat Hercules C130 yang membawa jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39 bersama 54 ahli misi bantuan kemanusiaan ke Somalia selamat mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 10.03 pagi tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UPM hari ini.

Sekilas Gambar-Gambar Arwahyarham





Sudut Pandang Rimau : Sekalung Takziah Buat Keluarga Arwahyarham...Dan Al-Fatihah Buat Arwahyarham...Al-Fatihah...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP