Wednesday, December 7, 2011

Safee Sali Jaringkan Gol Bantu Pelita Jaya Tewaskan Persiram 07-12-2011

Keputusan Penuh Pelita Jaya vs Persiram 07-12-2011

Pelita Jaya 2 - 1 Persiram

Safee Sali (Kapten Pasukan Pelita Jaya)

Gol Pelita Jaya dijaringkan oleh Mohd Safee Sali pada minit ke-45 dan Joko Sasongko pada minit ke-60. Gol saguhati Persiram dijaringkan pada minit ke-89 oleh Nehemia Bill Solossa. Pasukan Persiram sebenarnya dibarisi bintang-bintang yang antaranya OKTOVIANUS MANIANI yang menjadi tunggak Indonesia pada Timnas mereka. Dengan kemenangan itu Pelita Jaya melonjak ke tangga ke-10 dengan mengumpul 3 mata. Tahniah Safee Sali dengan jaringan sulungnya dalam kancah Liga Super Indonesia 2011/2012. Harap dapat mengharumkan lagi nama negara dinegara Indonesia...

Gempar Bila Pendakwah Terkenal Boleh Terbang!

Ustaz Amin

Orang dulu-dulu kalau boleh terbang dan jalan atas air, ‘confirm’ akan digelar mahaguru. Namun pendakwah terkenal yang juga hos program Tanyalah Ustaz di TV9 , Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin mengejutkan ramai pihak apabila berjaya membuktikan kemampuannya terbang dan mengapungkan diri di udara baru-baru ini. Lebih mengejutkan lagi, beliau yang sering muncul di kaca TV dan ceramah-ceramah agama di seluruh negara bukanlah seorang pengamal ilmu batin atau persilatan yang sering dikaitkan dengan perkara-perkara berkenaan

Sebenarnya kemampuan-kemampuan sebegini bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya jika tanpa ilmu di dada. Namun Ustaz Amin membuktikan bahawa beliau boleh melakukannya. Lebih menakjubkan beliau melakukannya tanpa menggunakan sebarang jampi serapah yang menyesatkan.

Sebenarnya yang dimaksudkan ialah Ustaz Amin berjaya menamatkan kursus asas payung terjun dan berjaya dalam penerjunan solonya setinggi 3,000 kaki baru-baru ini. Ini merupakan satu sejarah kerana, tak pernah dengar seorang ahli agama macam Ustaz Amin yang menceburi sukan lasak payung terjun ini.

Ustaz Amin Membacakan Doa Sebelum "Terbang"

Ini kata Ustaz Amin mengenai sukan payung terjun yang disertainya itu; ” Memang, secara peribadi, sukan ini sangat bagus untuk melatih hubungan kita dengan Allah.” Ia juga sangat bagus untuk melatih kita mengawal emosi takut kita kerana dalam diri manusia ada tiga emosi yang kalau kita matang di dalam mengendalikannya, maka separuh ketenangan telah Allah berikan pada kita.

” Ia adalah perasaan marah, takut dan sedih. Sebab itu banyak dalam al-Quran Allah menyatakan orang beriman, tidak dia merasa takut dan bersedih.”

Ustaz Amin Melakukan Pendaratan Yang Sempurna

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah adalah sebahagian amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian. Ini bertepatan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani. Katanya: “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda”. Seruan ini jelas membuktikan Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.

Monday, December 5, 2011

Pepsi, Coca Cola & 7Up Dicemari Virus AIDS?


Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV. Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut. Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.

“IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.

(“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang),” kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.

Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “I received a text saying please don’t drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati),” katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008. Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.

“HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.

(“HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan),” kata laman web CDC tersebut.

Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari SINI

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP