Sunday, January 15, 2012

Suka Lelaki Muda, Lebih Dengar Kata! – Rozita Che Wan

Kita selalu mendengar pendapat yang mengatakan kononnya lelaki muda lambat matang dari segi fikiran dan juga tanggungjawab. Lebih ketara lagi jika si wanita berusia 30-an dan pasangan lelakinya masih di usia 20-an. Bila lelaki lambat matang, mereka tidak mempunyai matlamat, hanya fikirkan keseronokan dan sangat kurang mahu bertanggungjawab.

Menurut pakar psikologi, lelaki agak lambat dari segi kematangannya untuk mengambil tanggungjawab. Keseronokan sering kali diletakkan yang utama hingga membelakangkan amanah dan tanggungjawab. Malah dia jarang sekali atau tidak fikir soal dosa pahala, baik buruk, penghargaan terhadap pengorbanan orang yang paling hampir dalam hidupnya.

Tetapi itu semua bukanlah menjadi hal buat pelakon yang menjadi kegilaan ramai ini, Rozita Che Wan. Rozita nampaknya cukup konsisten dengan kenyataannya dari dulu hinggalah sekarang – suka lelaki muda!

“Memang saya suka berkawan dengan lelaki muda. Golongan ni lebih mudah mendengar kata dan lebih senang untuk didekati. Kalau dengan lelaki berusia dah tentu saya yang kena ikut kehendak mereka,” kata Rozita dalam Pancaindera.

Wow! Makan hatilah lelaki tua dengan statement Rozita tu. Apapun rasanya betul juga apa yang dikatakannya. Tak salah kot kalau seseorang wanita seperti Rozita memilih suami yang lebih muda darinya. Jika kita melihat sirah Nabi Muhammad SAW, ramai yang mengetahui bahawa baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu Khadijah r.a. sewaktu umur baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah r.a. adalah 40 tahun.

Cuma harapnya janganlah Rozita ‘cakap tak serupa bikin’. Takut last-last lelaki tua dan yang dah jadi laki orang juga dipilihnya….tapi kalau dah jodoh nak buat macam manakan? Klise tak?

Sudut Pandang Rimau : Kalau Jodoh Mana Boleh Tolak. Sume Kerja Allah..

Thursday, January 12, 2012

Artis Melayu Terlampau Dalam Berbicara

Rimau cuma nak kongsi masa duk melayari Youtube tadi terbuka satu klip ni yang ditag sebagai tajuk "Artis Laknat". Akibat rasa ingin tahu yang membuak2, so rimau pun tengok lah sekejap. Memang ada yang tak kena dengan statement yang dikeluarkan oleh artis terbabit. Na'uzubillah.. Moga Allah buka pintu hati mereka untuk ditemukan ke pangkal jalan.. Jom sama-sama kita layan dan jadikan iktibar...




Sudut Pandang Rimau : Rasanya tanyangan ni dah lama dah. Cuma Rimau baru terjumpa. Dunia oh dunia..

Khairul Fahmi ‘Apex’ Dipilih Penjaga Gol Terbaik Asia!

Mereka yang ‘gila bola’ khususnya yang gemar melayari internet untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai sukan tersebut di seluruh dunia, pasti pernah melayari laman web www.goal.com. Ia sebuah portal komprehensif yang mengumpul berita mengenai bolasepak dari benua Amerika hinggalah ke benua Asia.

Baru-baru ini satu undian telah dijalankan oleh portal tersebut bagi mencari siapakah yang dianggap oleh peminat bola sepak sebagai penjaga gol terbaik Asia. Apa yang membanggakan, penjaga gol kebangsaan kita, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex mendapat tempat pertama dalam undian tersebut.

Sebelum ini, laman web itu meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23. Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%. Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).

Sudut Pandang Rimau : Tahniah Apex dan Safee Sali..Anda telah mengharumkan nama negara dimata dunia..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP