Sunday, August 5, 2012

Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik 2012 London


Pertembungan ulangan sukan Olimpik 2008 terjadi lagi apabila pertemuan dua seteru utama lagenda badminton abad ini Lin Dan dengan pemain kesayangan kita Datuk Lee Chong Wei bakal berentap sesama sendiri bagi merebut mahkota kemasyhuran pingat emas olimpik 2012 London.

Datuk Lee Chong Wei yang dilihat menjadi harap tunggal Malaysia yang satu-satunya atlet yang berentap untuk penentuan pingat emas di London berpeluang cerah untuk menamatkan kemarau pingat emas Olimpik yang tidak pernah dimenangi oleh mana-mana atlet Malaysia. Jika ini berjaya direalisasikan oleh Datuk Lee Chong Wei, maka beliau bakal menempa sejarah ulung negara dan pasti akan menjadi lagenda sukan negara sepanjang zaman.

Pun begitu bertemu Lin Dan yang menjadi tembok China terakhir yang perlu dirobohkan Datuk Lee Chong Wei bukanlah satu tugas mudah. Ini jelas apabila Datuk Lee Chong Wei tewas mudah pada aksi final Olimpik Beijing 2008. Apa pun, fokus yang tinggi dan corak permainan yang sama sekali jauh berbeza sewaktu menundukkan seteru dari tembok China pada separuh akhir Cheng Long menunjukkan betapa Datuk Lee Chong Wei tampil pada kali ini dengan momentum yang luar biasa yang perlukan dijawap oleh Lin Dan.

Moga Datuk Lee Chong Wei berjaya membutirkan pingat emas pertama negara malam ini dan ayuh sama-sama kita rakyat Malaysia berdiri teguh dibelakang beliau agar kali ini lagu Negaraku berkumandang buat julung kalinya dipentas Olimpik.

SPR : Ramalan Rimau Keputusan Badminton Final Olimpik London 2012 --> DLCW beat LD

Saturday, August 4, 2012

Wan Zack Haikal Tunggu Tawaran Kelab FC Ryukyu Jepun


Pemain sayap muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor bersedia untuk berhijrah ke kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu di Okinawa andai ditawarkan kontrak. Wan Zack, 21, yang sudah pun berlepas ke Vienna, Austria bersama-sama 25 pemain kebangsaan lain semalam untuk latihan dan tiga aksi persahabatan, menyatakan kesediaan itu selepas seminggu pulang daripada menjalani ujian pemilihan bersama kelab terbabit.

Pemain Harimau Muda A berasal dari Pahang itu turut mengakui latihan dua minggu bersama FC Ryukyu berjaya meningkatkan tahap permainannya terutama dari segi hantaran dan sentuhan penyudah. Walaupun tak banyak beza corak latihan, tapi pemain FC Ryukyu cukup pantas dan berlatih dengan sepenuh hati. Bahasa mungkin berbeza tetapi dalam bola sepak itu bukan masalah besar.

SPR : Tambah sorang lagi org Malaysia main kat luar..petanda baik bola sepak Malaysia..

Wednesday, August 1, 2012

Cara Zalim Kanak-kanak China Dilatih Untuk Jadi Atlet Emas

Video: Cara Zalim Kanak-kanak China Dilatih Untuk Jadi Atlet Emas 

Mahukan kita di Malaysia buat seperti ini? Itulah persoalan yang terlintas di pemikiran rimau. Tidak dalam 100 tahun rasanya. Biarlah kita duk cipta lagu bagi naik semangat, walaupun kaedah itu 110 peratus pasti gagal mendapatkan pingat.

Namun, di China, kaedah zalim digunakan untuk memastikan negara itu melahirkan atlet bertaraf dunia.
Dipukul, diherdik, dimaki umpama binatang. Akhirnya mereka menang emas di olimpik, namun apakah pendekatan itu wajar?Jika inilah pendekatan dalam semua acara sukan, maka tidak hairanlah China menang dalam pelbagai acara di Olimpik yang setakat hari ke-4, masih menjuarai punggutan pingat di Olimpik London.


Kepercayaan di negara China ialah, kanak-kanak perlu melalui kesusahan untuk berjaya. Ibubapa memilih untuk membiarkan sekolah melayan anak mereka secara kasar, asalkan mereka berjaya dan akhirnya membawa keluarga keluar dari kemiskinan dan mendapat sanjungan masyarakat.

SPR : Andalah hakim…apa pandangan anda? Adakah ini latihan yang boleh diterima atau ini adalah penderaan kanak-kanak?

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP