Thursday, August 26, 2010

Bila Jalur Gemilang Dipijak Dan Dibakar!!!

Ape Perasaan Dia Kalau Kita Pulak Bakar Bendera Dia?


Post kali ini Garuda agak emosi sedikit maklumlah dengan apa yang telah berlaku di Indonesia yang amat menyentap perasaan seluruh rakyat Malaysia apabila Jalur Gemilang yang menjadi tunggak kebanggaan dan identiti masyarakat negara ini dipijak-pijak malah dibakar oleh mereka yang tidak bertamadun dan berfikiran kebinatangan.

Simbolik perbuatan mereka itu seperti membakar jiwa dan hati seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyanjung tinggi bendera kebanggaan kita ini. Peristiwa ini pula kebetulan berlaku hampir dengan hari bersejarah kemerdekaan kita yang bakal disambut beberapa hari lagi.

Dari apa yang Garuda tahu, Jalur Gemilang tersebut dibakar kerana Malaysia kononnya sudah mencuri kebudayaan mereka bilamana tarian pendet yang kononnya kepunyaan Indonesia diselitkan dalam promo Enigmatik Malaysia. Selain itu, mereka juga mengatakan yang protes tersebut dilakukan akibat sikap Malaysia yang dinilai terus melecehkan bangsa Indonesia.

Walau apa pun alasan mereka, perbuatan membakar bendera saling tak tumpah seperti situasi satu ketika dunia memprotes tindakan Israel dengan membakar bendera Israel. Sedih bila kali ini kita sendiri dapat saksikan di kaca-kaca TV Jalur Gemilang pula mengalami nasib yang serupa. Memang tidak pernah Garuda bayangkan perkara ini boleh berlaku.

Sebagai Anggota Keselamatan Negara, Garuda memang diajar menyanjung tinggi panji-panji negara, sekiranya rebah panji-panji ini maka rebahlah kedaulatan negara. Oleh sebab itu yang kejadian sebegini memang tidak dapat diterima terutama kepada warga keselamatan negara.

Moga jalan pintas segera dicapai bagi memulihkan semula imej negara dan Jalur Gemilang khususnya dimata dunia.






SPG : Belajarlah bersyukur, sebab ramai orang mereka cari rezeki kat negara ni...

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara Aidilfitri Ini

Duit Raya Untuk Kaki Tangan Kerajaan 1000 Bahagi 2 = 500


Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

SPG : Alhamdullilah...adalah nafas sikit nak raya ni...

Friday, August 20, 2010

Isu Harga Ayam Naik Mendadak

Lepas ni nak makan ayam kena bela sendiri la nampaknya...


Macam dah jadi satu 'trend' bila menjelang Raya Aidilfitri terutamanya mesti berlaku sindrom harga ayam naik. Bebaru ni dikatakan harga ayam melambung sampai ke RM 7.20/kg di Kedah. Macam mane org-org yang berpendapatan rendah nak makan ayam. Dan org-org yang mampu pun mengeluh panjang jugak.

Panggil Persatuan-persatuan Penternak Malaysia beri penjelasan jika harga ayam terlampau tinggi di pasaran. Itu jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meredakan kemelut harga runcit ayam di seluruh negara yang dilaporkan naik mendadak kini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu laporan daripada persatuan tersebut berhubung perkara itu disamping cadangan untuk menjadikan ayam sebagai barang kawalan dan mempunyai harga syiling menjelang Aidilfitri.

Manakan tidaknya, sampaikan harga ayam yang dijual dipasaran bazar (Ayam Percik, Ayam Goreng, Lauk Pauk) juga melambung. Ialah, kalau tak macam mana peniaga nak untung.

Apa pun pepandailah kita memilih menu yang sesuai di sepanjang bulan Ramadhan ini. Ingat Kuasa Membeli Di Tangan Kita. Kita yang berkuasa menentukan harga ayam ini.


SPG : Harap-harap raya ni dapat makan ayam. Bukan ape, takut-takut ayam lak kena sorok macam gula hari tu....heheheh..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP