Wednesday, January 25, 2012

GAMBAR DUIT SYILING DAN DUIT KERTAS BARU MALAYSIA 2012

Duit Syiling Baru 2012

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang diedaran baru-baru ini. Dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Duit Kertas Baru 2012

Wednesday, January 18, 2012

Lapan Juta Penonton Saksi Peserta Realiti Dirogol Secara ‘Live’ Di Kaca TV

Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen. Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian. Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk.

Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut. Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol. Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

Sudut Pandang Rimau : Ini adalah kesan apabila terlalu banyak program realiti TV..Hai...Dunia..Dunia..

Tuesday, January 17, 2012

Keputusan Penuh Liga Perdana Malaysia 16.01.2012

P1
ATM FA
2
0
HARIMAU MUDA B



P2
PAHANG FA
2
1
KL SIME DARBY FC



P3
JOHOR FA
5
0
JOHOR MBJB FC



P4
PULAU PINANG USM FC
2
1
NS BETARIA FC



P5
JOHOR MP MUAR FC
0
3
PDRM FA



P5
KL POS MALAYSIA FC
3
3
PERLIS FA


Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP