Thursday, April 26, 2012

Monday, April 23, 2012

Perbezaan Lebah Dan Lalat, Dengan Orang Mukmin Dan Munafik...

Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah! tiada perbezaan antara kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi, perbezaannya terdapat pada sifat-sifat; sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama. Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama
Lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Kedua
Makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga
Lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat
Lebah mempunyai wala’ kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala’ kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima
Lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam
Lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam.

Monday, April 16, 2012

Kunjungan Hormat Mr. Gerald Howarth Ke Bukit Aman


Telah berlangsung satu kunjung hormat daripada Mr. Gerald Howarth, Minister For International Security Strategy dan Security Organization dari United Kingdom di bilik Tetamu Ketua Polis Negara pada hari ini.

Turut hadir, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan rombongan delegasi.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP