Sunday, February 24, 2013

Suami Saman Isteri Sebab Lahirkan Anak Hodoh


Lelaki China Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Berwajah Hodoh.

Seorang lelaki di China telah menyaman isterinya akibat mempunyai wajah yang hodoh dan menang kes saman terhadap isterinya itu. Si suami, Jian Feng berasa ragu akan isterinya itu selepas dia melahirkan anak perempuan mereka.

Feng menuduh anaknya yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai wajah yang sama seperti wajah mereka berdua. Dia menyifatkan bayi itu sebagai "amat hodoh". Pada mulanya, dia menyangka isterinya telah menipu dirinya dengan mempunyai hubungan sulit dan bayi tersebut bukan anaknya.

Pada suatu ketika, isterinya mengaku yang dia pernah membelanjakan lebih daripada $100,000 pada beberapa pembedahan plastik sebelum dia bertemu dan berkahwin dengan Feng.

Selepas tahu mengenai pembedahan tersebut, Feng mengambil keputusan untuk menyaman isterinya. Dia membuat dakwaan bahawa wanita itu menyakinkan diri nya untuk berkahwin dengannya di bawah dakwaan palsu. Pihak hakim bersetuju dengan dakwaan Feng dan mengarahkan si isteri membayar ganti rugi sebanyak $120,000.

Saturday, February 23, 2013

Awas Dengan Miss Call



Perhatian Utk Semua Rakan-Rakan Blog...

Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. 

Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut. 

Beringat sebelum terkena...

Thursday, February 21, 2013

Kenaikkan ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) Dan COLA (Elaun Sara Hidup) Kakitangan Kerajaan 2013



Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Dan Elaun Sara Hidup (COLA) – PM Dijangka Umum Sebelum PRU13 | Cuepacs diberitakan sudah menghantar tuntutannya kepada Ketua Setiausahana Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa berhubungan kenaikan elaun penjawat awam. Tuntutan itu akan dikaji oleh kerajaan dan jika diluluskan ianya dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.

Antara yang dipohon oleh Cuepacs kepada Kerajaan adalah :

  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
  • Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
  • Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
  • Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
  • Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
Semua perkara yang dituntut oleh Cuepacs ini akan dikaji semula oleh Kerajaan dan ianya tidak semestinya akan diluluskan. Apapun harap ada sesuatu yang istemewa buat penjawat awam sebelum pilihanraya ke-13 nanti.

Kredit : Berita Semasa

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP