Rata-rata mereka yang melakukan perbuatan jijik itu seperti  bernaung di bawah satu ‘kelab’ dan aktif menjalankan kegiatan terbabit  secara berkumpulan.
Biasanya, golongan suami yang dahagakan hubungan sejenis ini  bergerak bersama ke tempat dan ‘sarang’ golongan homoseksual itu seperti  kawasan taman, rumah urut dan spa khusus untuk golongan gay memuaskan  nafsu serakah mereka. 
Ada juga suami gay berkenaan yang bermain cinta dengan lelaki muda  homoseksual bergelar ‘anak ikan’ untuk memenuhi keinginan  mereka.
Kegiatan diumpamakan ‘kelab suami gay’ ini didedahkan seorang  lelaki dikenali sebagai Addy, 39, yang aktif melakukan aktiviti songsang  terbabit sejak mula mendirikan rumah tangga kira-kira tujuh tahun lalu.
Addy berkata, dia mula terjebak dengan perbuatan tidak bermoral  itu selepas hanya sembilan bulan perkahwinan kerana pengaruh rakan yang  melakukan kegiatan sama sejak sekian lama.
  “Mulanya saya teragak-agak. Saya tidak berani ‘makan luar’ dan  melakukan kegiatan songsang itu lagi, tetapi jiwa saya memberontak  apabila tidak menerima belaian daripada lelaki.
“Saya sayangkan isteri, tambahan pula kami kini mempunyai empat  cahaya mata, tetapi selera saya pada lelaki tidak pernah padam,”  katanya.
Menurut Addy, dia bersama tiga rakannya menjalankan aktiviti  terbabit hanya pada masa dan tempoh tertentu, sama ada ia dilakukan satu  minggu sekali ataupun hanya sekali sebulan.
Katanya, sasaran mereka adalah ‘anak ikan’  yang mudah didapati di  pusat urut tradisional atau pun spa gay di sekitar ibu kota.
Pusat tumpuan kami biasanya di Taman Miharja, Cheras. Di sana ada  banyak rumah urut untuk kami kunjungi sambil melepak bersama golongan  sejenis.
“Kadangkala kami pergi juga ke Tasik Permaisuri dan Taman Tasik  Kelana Jaya kerana tempat ini boleh dikatakan ‘sarang’ untuk pertemuan  lelaki seperti kami,” katanya.
Addy berkata, mereka melakukan semua itu semata-mata untuk  melepaskankan nafsu terhadap sesama lelaki, namun pada masa sama tidak  mahu mengabaikan rumah tangga, isteri dan anak.
“Apabila bersama isteri dan anak, saya adalah lelaki normal. Cuma  perwatakan saya lembut.
“Saya tidak tahu bila semua ini akan berakhir, naluri saya masih  berkehendakkan lelaki. Saya tetap ghairah memandang lelaki,” katanya.
Rakannya, Reza, 36, pula berkata, selain suka berfoya-foya ke  ‘port’ gay sekitar Kuala Lumpur, dia turut bermain cinta dengan pasangan  sejenis.
Katanya, menjadi rutin hariannya, di rumah dia bermesra bersama  isteri tetapi di luar rumah dia menjalin hubungan sulit bersama  pasangannya.
“Kekasih saya tahu saya sudah berkahwin, tetapi ia tidak menjadi  masalah buat kami berdua. Dia (kekasih) faham situasi saya, walaupun  beristeri, namun naluri saya tetap pada lelaki.
“Hujung minggu, kami sering berkunjung ke kelab malam gay di Bukit  Bintang. Jika dia tiada, saya akan bersama Addy dan rakan lain ke port  gay,” katanya.
Bagaimanapun, Addy berkata, hubungannya bersama isteri tetap  bahagia walaupun isterinya tidak mengetahui dia melakukan hubungan  songsang di luar rumah.
“Perkahwinan saya bersama isteri adalah atas desakan keluarga.  Saya dipaksa kahwin, tetapi tidak dapat menolak permintaan keluarga itu.
“Namun hubungan saya dan isteri baik saja. Bersama dia saya  bahagia juga, tetapi keinginan saya untuk didampingi lelaki masih tidak  berubah,” katanya
Lain pula ceritanya dengan Azri, 40, yang tujuh tahun berkahwin  dan dikurniakan tiga cahaya mata tetapi sanggup menipu dan menduakan  isterinya hanya untuk bersama lelaki lain.
Lebih menjijikkan, dia juga sering melampiaskan nafsu songsangnya  bersama suami orang yang masih mempunyai isteri dan empat anak.
Bagi Azri, sepanjang perkahwinannya dia cuba membuang tabiat  songsang itu. Malah dia tahu mengenai dosa dan bala yang akan diterima.  Namun, kerana tuntutan nafsu songsang yang sukar dikawal, dia sering  melakukan hubungan seks sesama lelaki.
“Naluri dan nafsu saya terhadap lelaki sukar dibendung. Saya  melihat lelaki seperti mana kaum itu melihat wanita seksi yang berjalan  di depan mereka.
“Boleh dikatakan dalam setahun, lebih lima atau enam kali saya  mencari pasangan homoseksual. Bagaimanapun, tujuan saya hanya untuk  melepaskan nafsu tetapi tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan  cinta.
“Tambahan pula saya sudah berkeluarga. Saya sayangkan mereka dan  sebab itu saya tidak mahu mengabaikan mereka hanya kerana tuntutan nafsu  ini,” katanya.
Menurut Azri, setiap kali ingin bersama teman sejenis, dia mencari  ‘mangsa’ baru menerusi laman sosial atau menghubungi rakannya.
“Sebenarnya, mencari pasangan sejenis lebih mudah daripada seorang  lelaki cuba mendapatkan perhatian wanita. Menerusi perkenalan singkat,  kami mudah mesra dan terus bersetuju mengadakan hubungan seks.
“Malah, ada juga rakan rapat yang tidak tahan dengan gelora nafsu  songsang mereka menghubungi saya untuk melampiaskan nafsu. Bagai orang  mengantuk disorongkan bantal, saya menerimanya.
“Bagaimanapun, saya sedar apa hukuman yang harus diterima golongan  seperti saya ini. Sebab itu saya cuba mengawal nafsu berkenaan dan  hanya melakukannya beberapa kali setahun,” katanya.
Azri berkata, faktor utama yang menjadikan dirinya sebagai lelaki  songsang ialah kerana sejak kecil lagi dia terbiasa memakai pakaian  wanita.
Katanya, hanya kerana ibu dan ayahnya terlalu menginginkan anak  perempuan, dia pula yang menjadi mangsa.
“Dulu keluarga saya kehilangan anak perempuan kerana meninggal  dunia. Mungkin sebab terlalu kecewa, saya pula yang menjadi mangsa dan  dipakaikan pakaian wanita.
“Apapun, saya tidak salahkan mereka. Mungkin ini sudah takdir saya  dan saya terima dengan reda.
“Begitupun, saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi lelaki sejati.  Berkali-kali saya cuba menahan nafsu songsang itu tetapi tidak berjaya.
“Saya cemburu terhadap lelaki tulen. Namun, apakan daya, setiap  kali saya cuba mengubah kehidupan songsang ini dan menahan gelora nafsu,  saya pasti tewas,” katanya yang masih merahsiakan perbuatan terkutuk  itu daripada pengetahuan keluarganya.
kata garuda : Dunia dah akhir zaman ni...Tunggu jelah bala datang menimpa...

21 comments:
yuckkkkk!
geli ah
geli le tgk lelaki suka lelaki
apela manusia skrg..jgn ckp laki..ppuan pn ade,,,ish2..
harap je ade telor hahahahaa
nak buat camne, akhir zaman..
Agak2 hukuman ape yang setimpal dengan perbuatan diorang ni ek?Biar serik...
hukuman mandatori, tidur sampai mati hehehehe, ni sume umat akhir zaman, kalau terleka dan terlalu mengikut kehendak nafsu yang lesu
hukuman yerk...mule2 sekse lu..kasi tarik bulu kaki hahaa..ooo sakit tu
mak aih.geli gela. nsb baik la tak pnh g tasik tasik tu.lol.
ahahaha..
mmg barah..
pelik pelik kan..
ahahaha... geli tgok gmbar tuh...eeuuw
ape nak jd la..dunia nak akhir zaman nie..buat2 la bertaubat...jgn dok fikirkan keseronokan dunia aje..ermm
iskhh...ntah pape jer...teroks!
mintak dijauhkan la.....parah...parah...
bahaya ni...nk kene cek bakal suami vs...hahaha
sedyh..masalah nie mmg xkan selesai...
ak pon xtahu nak wat cmne dah...
kat laman sosial mmg berlambak! besenyer nak knal mereka di laman sosial nie mereka tayang body mereka...kadang2 yg sadisnyer,ader mereka tayang kemalauan kat pro5 mereka...buktinya mmg banyak!!!
sedih sangat....tapi jangan kutuk mereka jerk..
berikan mereka peluang..
nasihat mereka..
bimbing mereka....
insya-Allah akan berjaya..
dan larang mereka berkenal2 ngan gay2 lain...
dan dilarang gak tengok citer blue gay!!!
ak pon pernah buat entry pasal gay,klik bawah
gay di myspace,insaflah
hurm.. budaya songsang ni memang menjijkan.. malah bukan gay sahaja kaum wanita yang terlibat dengan budaya Lesbian ni juga hampir teruk bagai barah. Pasangan wanita berdua-duaan.. lebih2 lagi golongan yang digelar Pengkid.. mereka tidak segan-segan untuk tampil dimata masyarakat.. dengan penampilan lelaki malah memiliki teman wanita.. Apakah negara malaysia yang beteraskan agama Islam tidak punya fatwa untuk golongan ini.. Malah terdapat maklumat golongan2 ini ada yang memohon hak dengan Pihak SUHAKAM untuk mendapatkan hak sebagai seorang individu songsang!!
Hanya Allah yang maha tahu. Bertaubatlah insan-insan yg macam tu sebelum nyawaa berpisah dari jaasad..
jgn berkata "tunggu je lah bala dtg menimpa"
sbb kalau Tuhan nak turunkan bala Dia tak pilih sape2..semua yang kene hehe
Zaman nie tak plih prmpuan ke lelaki gay atau lesbian suami atau isteri asal je umur yg straight tu dlam 14 keatas tak kira prempuan ka lelaki pon sma jugak ada yg bohsia yg tudung lagi la jijik laki plak kata straight tpi apa yg trjadi siap2 nafsu kat pondan hah...ada lagi main kayu tiga dgn isteri org apala nak jadi nie jgn slahkan mana pihak kita tahu cermin dri sndri klau rsa sndri tak sempurna jgn komen hahaha manusia2....laki klau tak gay siap2 merogol ada lagi yg hebat kasi yg smpai buncit pun ada esh3 yg prmpuan plak alamak oit....jlan terkepit2 tutup sna tutp sni tpi kat blakang bkan main dogeee...horsee...japnee...mcm style hbat.....siap2 ambi vedio....adeh ape nie....
kawan aku ada seorang gini
Post a Comment