Saturday, August 20, 2011

Malam Lailatul Qadar Ramadan 1432 Hijrah


Menurut penelitian Imam Ghazali rh. Lailatul-Qadr dapat diperolehi sebagai berikut:
  1. Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 29 Ramadhan.
  2. Kalau puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan.
  3. Kalau puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan.
  4. Kalau puasa dimulai pada hari Khamis. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 25 Ramadhan.
  5. Kalau puasa dimulai pada hari Sabtu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 23 Ramadhan.
Tanda-tanda Lailatul-Qadr
  • Tanda lailatul-Qadr seperti mana disampaikan oleh Ubadah bin Samit r.a dari Nabi s.a.w ialah suasana malam itu akan sunyi, bersih, tenang, cerah, tidak panas dan tidak pula dingin seperti diteduhi oleh cahaya bulan, tidak ada bintang-bintang yang muncul sehingga pagi.
    Dan termasuk tanda-tanda ialah bahawa matahari terbit pada pagi hari itu tanpa terasa panas cahayanya, seperti bulan purnama.

Dipetik dari buku Risalah Puasa, Muhammad Qosim at-Timory, terbitan Jahabersa&Jami’atul Ulum Ar-rahman

Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: “Rasulullah sedaya upaya berusaha dalam malam-malam sepuluh akhir melebihi usahanya di malam-malam lain.”

[rujukan : JAIS]

Sudut Pandang Rimau : Pun Begitu, adalah lebih baik kita mencarinya disetiap malam 10 terakhir ramadan kerana disetiap malam di dalam bulan yang penuh berkat ni sememangnya terdapat ganjaran yang tidak terdapat di malam bulan-bulan lain...jom kita berpesta ibadah... ;)


10 comments:

Anonymous said...

sme2 la kite crik yer.. :D

Unknown said...

mohon izin share :)

Teratak Chipmunk said...

semoge kite antara org2 yg terpilih mnerima hidayah dri Nya...mri sama2 kjr mlm2 terakhir ni dgn brbnyk kn amln..insyallh :)

Nurhafizah said...

mintk share ye =]

Unknown said...

semoga kita beroleh rahmat Allah dalam 10 malam terakhir ramadhan ini...

SITI ARFAH said...

Jom ! :). Moga kta ketemu mlm lailatul qadar.Amenn

Jumir said...

Doa2 kite bertemu mlm lailatul qadar...

Nizam Ijam said...

bersama2 lah kita berdoa.

harrazdani said...

insyallah..satu mlm yang lebih baik dari seribu bulan...

gnesop.com said...

untuk tidak terlepas, setiap malam 10 akhir ditambah dengan amalan..
semoga kita tidak ketinggalan.. amin

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP