Friday, September 23, 2011
Bajet 2012 - Kenaikan Gaji Atau Bonus Lumayan Untuk Penjawat Awam Dikaji
Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13. Perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.
Sudut Pandang Rimau : Harap2 ada berita baik untuk semua rakyat Malaysia sekali..betul tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
naik...semua naik..
harga barang keperluan pun naik...
darah tinggi pun naik...hihi..
harap2lah kan ada berita baik time budget nti...:)
dua2 mau haha
sama2 berdoa moga2 ade brita baik...anis start keje taun depan..hehe insyaallah..:-)
moge gaji naik, :) tak sabar.
seronok la diorg kalau betul benda ni...yg keje swasta juga merana..hehe
harap2 ada berita yg mengembirakan nanti..sama2 lah berdoa...amin..amin..
Post a Comment