Wednesday, October 12, 2011
Malaysia Tangga Ke-19 Terbaik Cegah Jenayah
Malaysia berada pada kedudukan ke-19 daripada 156 negara di dunia yang mempunyai tahap pencegahan jenayah terbaik, kata Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali.
Beliau berkata, untuk menambah baik kedudukan itu, yayasan akan meningkatkan program kesedaran secara berterusan kepada orang ramai dalam usaha mencegah jenayah di negara ini. Polis dapat menangani kes jenayah, manakala yayasan pula boleh membantu memberi kesedaran kepada orang ramai melalui pelbagai program yang diadakan.
Program pencegahan seperti ‘Sekata’ yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diadakan di seluruh negara bagi memastikan mesejnya sampai ke peringkat akar umbi.
Labels:
Pencegahan Jenayah,
Ranking Jenayah Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam;
Baguslah kalau bergitu..kalau dapat negara kita sifar jenayah terutamanya jenayah berat.
kdg2 takut duduk dlm negara sendiri
jmput ke blog :)
Alhamdulillah.. harap bole dipertingkatkan lagi...
=)
terbaekk
alhamdulillah.. tbaik la.. :)
Post a Comment