Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat ‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan. Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu. Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup sebentar.
Sumber itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Bagaimanapun, perkara ini dijangkakan akibat dari sentimen anti Malaysia yang dipertontonkan penyokong Indonesia terutama semenjak kalah pingat emas pada Sukan SEA Isnin lalu mungkin petanda tindakan mengodam itu dilakukan oleh pihak dari negara berkenaan. Mungkin penduduk negara itu masih menghadapi kesukaran dan tekanan jiwa yang agak tinggi apabila dimalukan pasukan Harimau Muda sebanyak dua kali dalam masa seminggu.
7 comments:
buat malu saja...web kita dh x secured
heheheh....
salam;
Rasa diri dah pandai sangatlah tu..nak godam sana sini.kalau betul hebat sangat tunjukkan kepandaian untuk memajukan diri sendiri atau negara sendiri..
pandai btol diorg..
Kami Cool
lahh asyik nak godam je..ape tah yg dorg dapat..
spe2 la ley wat defacement,lbey2 lagi skrg ni org ley wat deface dgn tool..jgn taw nk men tuduh je..btw,nasihat miera kpd mereka yg jage,tingkatkn sekuriti website tu..lalala
ai aku nak tingkatkan sekuriti blog aku.takut kena kencing pasni
Post a Comment