Wednesday, December 7, 2011

Gempar Bila Pendakwah Terkenal Boleh Terbang!

Ustaz Amin

Orang dulu-dulu kalau boleh terbang dan jalan atas air, ‘confirm’ akan digelar mahaguru. Namun pendakwah terkenal yang juga hos program Tanyalah Ustaz di TV9 , Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin mengejutkan ramai pihak apabila berjaya membuktikan kemampuannya terbang dan mengapungkan diri di udara baru-baru ini. Lebih mengejutkan lagi, beliau yang sering muncul di kaca TV dan ceramah-ceramah agama di seluruh negara bukanlah seorang pengamal ilmu batin atau persilatan yang sering dikaitkan dengan perkara-perkara berkenaan

Sebenarnya kemampuan-kemampuan sebegini bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya jika tanpa ilmu di dada. Namun Ustaz Amin membuktikan bahawa beliau boleh melakukannya. Lebih menakjubkan beliau melakukannya tanpa menggunakan sebarang jampi serapah yang menyesatkan.

Sebenarnya yang dimaksudkan ialah Ustaz Amin berjaya menamatkan kursus asas payung terjun dan berjaya dalam penerjunan solonya setinggi 3,000 kaki baru-baru ini. Ini merupakan satu sejarah kerana, tak pernah dengar seorang ahli agama macam Ustaz Amin yang menceburi sukan lasak payung terjun ini.

Ustaz Amin Membacakan Doa Sebelum "Terbang"

Ini kata Ustaz Amin mengenai sukan payung terjun yang disertainya itu; ” Memang, secara peribadi, sukan ini sangat bagus untuk melatih hubungan kita dengan Allah.” Ia juga sangat bagus untuk melatih kita mengawal emosi takut kita kerana dalam diri manusia ada tiga emosi yang kalau kita matang di dalam mengendalikannya, maka separuh ketenangan telah Allah berikan pada kita.

” Ia adalah perasaan marah, takut dan sedih. Sebab itu banyak dalam al-Quran Allah menyatakan orang beriman, tidak dia merasa takut dan bersedih.”

Ustaz Amin Melakukan Pendaratan Yang Sempurna

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah adalah sebahagian amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian. Ini bertepatan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani. Katanya: “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda”. Seruan ini jelas membuktikan Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.

7 comments:

Naim said...

hahaha....very nice entry :)

Unknown said...

serba boleh ustaz amin ni...tabik spring kat dia!!!

Unknown said...

alhamdulillah selamat dan banyak hikmah yang bisa kita dapatkan dari ketinggian, dan melihat kebesaran Allah yang telah menciptakan bumi ini.

Unknown said...

suke blog beliau...ad dlm bloglist..

tnZackJ said...

hebat

Admin said...

pergghhh suspen ko hehehehe

Aien Not Alien said...

hanya yang betul2 berani yang mampu melakukan aksi ini...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP