Menurut pakar psikologi, lelaki agak lambat dari segi kematangannya untuk mengambil tanggungjawab. Keseronokan sering kali diletakkan yang utama hingga membelakangkan amanah dan tanggungjawab. Malah dia jarang sekali atau tidak fikir soal dosa pahala, baik buruk, penghargaan terhadap pengorbanan orang yang paling hampir dalam hidupnya.
Tetapi itu semua bukanlah menjadi hal buat pelakon yang menjadi kegilaan ramai ini, Rozita Che Wan. Rozita nampaknya cukup konsisten dengan kenyataannya dari dulu hinggalah sekarang – suka lelaki muda!
“Memang saya suka berkawan dengan lelaki muda. Golongan ni lebih mudah mendengar kata dan lebih senang untuk didekati. Kalau dengan lelaki berusia dah tentu saya yang kena ikut kehendak mereka,” kata Rozita dalam Pancaindera.
Wow! Makan hatilah lelaki tua dengan statement Rozita tu. Apapun rasanya betul juga apa yang dikatakannya. Tak salah kot kalau seseorang wanita seperti Rozita memilih suami yang lebih muda darinya. Jika kita melihat sirah Nabi Muhammad SAW, ramai yang mengetahui bahawa baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu Khadijah r.a. sewaktu umur baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah r.a. adalah 40 tahun.
Cuma harapnya janganlah Rozita ‘cakap tak serupa bikin’. Takut last-last lelaki tua dan yang dah jadi laki orang juga dipilihnya….tapi kalau dah jodoh nak buat macam manakan? Klise tak?
Sudut Pandang Rimau : Kalau Jodoh Mana Boleh Tolak. Sume Kerja Allah..
7 comments:
Rozita memang seorang yang maintain jer cantik...mata biru tu...
haha betul2 ^^ slalu artis bg jawapn klise haha, kalau dh jodoh nk buat cmne..huhu
rozita cantek! suke tengok dye :)
hope dye dpt jdoh yang dye nak tuw :)
http://irsyanim.blogspot.com/2012/01/sebab-kenapa-online-facebook.html
alhamdulillah..dia masih cantik dan bertambah cantik... hiasi diri dan peribadi...^^
cantiknyee..:)
walaupun saya seorang ppuan tapi saya sendiri pun x suka dengan kenyataan yg di buat beliau..kaum adam merupakan pemimpin kepada kaum hawa selagi ianya tidak bercanggah dengan islam kita mesti patuh (sebagai isteri) mana boleh suami nak kena ikut cakap isteri kecualilah kalau dalam keadaan tertentu..
rozita...rozita... hehehe..
Post a Comment