Sunday, February 24, 2013

Suami Saman Isteri Sebab Lahirkan Anak Hodoh


Lelaki China Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Berwajah Hodoh.

Seorang lelaki di China telah menyaman isterinya akibat mempunyai wajah yang hodoh dan menang kes saman terhadap isterinya itu. Si suami, Jian Feng berasa ragu akan isterinya itu selepas dia melahirkan anak perempuan mereka.

Feng menuduh anaknya yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai wajah yang sama seperti wajah mereka berdua. Dia menyifatkan bayi itu sebagai "amat hodoh". Pada mulanya, dia menyangka isterinya telah menipu dirinya dengan mempunyai hubungan sulit dan bayi tersebut bukan anaknya.

Pada suatu ketika, isterinya mengaku yang dia pernah membelanjakan lebih daripada $100,000 pada beberapa pembedahan plastik sebelum dia bertemu dan berkahwin dengan Feng.

Selepas tahu mengenai pembedahan tersebut, Feng mengambil keputusan untuk menyaman isterinya. Dia membuat dakwaan bahawa wanita itu menyakinkan diri nya untuk berkahwin dengannya di bawah dakwaan palsu. Pihak hakim bersetuju dengan dakwaan Feng dan mengarahkan si isteri membayar ganti rugi sebanyak $120,000.

11 comments:

Unknown said...

Ya Allah..macam ni pun ade ke...ish2..x patut suami dy tu..

Unknown said...

bru perasan smthg..muke dy ngan bini dy yg before operation tu same..huhu :p

Asma said...

smpai ati ckp baby tu hodoh.. tak tgk rupe sendiri.. :/

LuzKlaRita93 said...

Melampau sgt la laki dia ne.. soal ank hodoh pn nak dprtikaikan.. mcmla dia tu encem sgt.. haaa.. kan da kena sebiji.. xpndai bersyukur btul.. peace no war.. ;)

aima said...

mcm mcm ada di china

misslulucuties said...

ish ade jugak org mcm nie..pelik la..

Shazwani Othman said...

kalau dah namanya tak ada panduan hidup. macam ni lah jadinya. ish ish

ME CTCT said...

pelik2 lah...nk kata budk2,tua2 dh mke..haishhh..

Unknown said...

hahaa....macam ni pun ada...itulah kalau org yg cetek ilmu...mcm2 benda pelik yg wujud

Delimawati said...

comel je aku tgk baby tu..yg hodoh tu muke bapak die...apela....

Long Cham said...

macam bodo ja kes nie..muka dia tu esem sgt ka
www.kucinghitam.net

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP