Showing posts with label Belanda. Show all posts
Showing posts with label Belanda. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

HoLLanD HaNtAR BRaziL PuLAnG


Para pemain pasukan Belanda meraikan gol kedua mereka untuk menang 2-1 keatas Brazil dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth.

Belanda melakar kejutan dengan menumbangkan Brazil 2-1 di Stadium Nelson Mandela dalam pertemuan suku akhir yang cukup mendebarkan.


Skuad Oranje mempamerkan kebangkitan pada separuh masa kedua sekalipun ketinggalan 1-0 sebelum itu tetapi dua situasi bola mati memastikan Belanda mara ke pusingan separuh akhir.

Wesley Sneijder menjadi wira pasukannya kerana dua gol Belanda berpunca daripadanya.

Brazil jelas mendominasi permainan sejak wisel mula ditiupkan dan pada minit ke-8, Belanda mula berasa bahang penangan Samba tetapi mujur gol Robinho dibatalkan kerana Dani Alves terlebih dahulu dikesan ofsaid. Tetapi juara lima kali itu hanya memerlukan tempoh dua minit seterusnya untuk menghukum kealpaan benteng pertahanan Belanda.

Gol Brazil itu hasil daripada lorongan cantik Felipe Melo yang berjaya dipotong Robinho untuk menewaskan Maarten Stekelenburg buat kali kedua dan kali ini pengadil mengesahkannya.

Pada minit ke-30, Robino mempamerkan kualiti Samba sebenar dengan lenggoknya yang berjaya membuatkan pertahanan lawan kelam-kabut.

Melo menjadi tumpuan utama apabila gagal menganggak bola percuma yang diangkat Sneijder apabila tandukannya menuju ke gawang sendiri pada minit ke-53.

Ketika perlawanan terikat, Belanda bertambah semangat manakala Arjen Robben membuktikan mengapa pasukan Eropah itu begitu menagih khidmatnya. Pemain Brazil terpaksa melakukan kekasaran untuk menyekatnya dan tidak hairanlah mengapa Dunga terpaksa mengeluarkan bek kiri Michel Bastos.

Sneijder sekali lagi memainkan peranannya, dengan menjadikan kedudukan 2-1 apabila pemain tengah Inter Milan itu menanduk masuk gol sepakan penjuru.


Tetapi apa yang ditakuti Dunga akhirnya terjadi juga apabila pengadil perlawanan, Yuichi Nishimura mengesan Felipe Melo memijak Robben. Akibatnya Melo dibuang pada pada minit-73.

Segalanya sepatutnya bertambah mudah buat Belanda, tetapi sikap Dirk Kuyt dan Klas Jan Hunterlaar yang berlengah-lengah berdepan gol terbuka menafikan gol lebih banyak untuk Belanda memalukan Brazil.

p/s : yes!!! Team aku layak ke semi final...sape yang tak caya...huhuhu...

Monday, June 7, 2010

Bahang Piala Dunia Makin Terasa!!!!


Dunia kini tertumpu ke arah Benua Afrika iaitu Afrika Selatan kerana di situ akan berlangsungnya perlawanan teragung di planet bumi Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan menemukan 32 buah negara terkuat di lima benua di dunia. 

Dengan sepak mula yang hanya tinggal kurang dari 96 jam dari sekarang menemukan perlawanan pembukaan tirai diantara Tuan Rumah Afrika Selatan menentang Mexico dari kumpulan A yang dijadualkan berlangsung di Stadium Ellis Park Johannesburg. Setiap pasukan yang telah dibahagikan mengikut kumpulan seperti berikut :

Semua pasukan pilihan dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mara ke pusingan ke-2 dengan Brazil, German, Argentina, Spain, England, Belanda dan juara bertahan 2006 Itali diundi bersama-sama lawan yang dianggap mudah. Kecuali Perancis yang dilihat agak goyah menjelang sepak mula 11.06.2010 ini berikutan kekalahan memalukan juara 1998 tersebut kepada pasukan Benua Asia China 0-1 dilaman sendiri pada perlawanan pemanas badan awal bulan ini.

Vanue-vanue yang telah disediakan Tuan Rumah Afrika Selatan bagi kejohanan kali ini bertaraf dunia memandangkan bukan calang-calang negara boleh menganjurkan Piala Dunia ini jika tidak mempunyai kemampuan dari pelbagai sudut termasuklah yang paling penting penyediaan stadium-stadium bertaraf dunia. Berikut adalah stadium-stadium yang menempatkan perlawanan-perlawanan yang akan berlangsung sepanjang edisi kali ini :

Sementara itu Bola khas yang digunakan pada edisi kali ini keluaran syarikat terkemuka sukan dunia Adidas yang diberi jolokan nama  ADIDAS JABULANI mengambil bahasa Bantu yang membawa maksud "Meraikan". Adidas yang juga syarikat terkemuka di dunia selaku pengilang bola Jabulani mereka bola tersebut menerusi keunggulan sains. Mengikut rekod bola biasa direka dengan 32 panel heksagonal dan bola rasmi Piala Dunia 2006 Teamgeist direka dengan 14 panel sahaja. Namun Jabulani telah direka dengan 8 panel yang menakjubkan yang membolehkan pengaja gol lebih senang membuat penangkapan kerana teksturnya yang beralur dan mudah digengam. Nombor 11 membawa simbolik yang bermakna pada bola ini iaitu ada 11 suku-suku di negara ini, ini adalah bola ke-11 ditugaskan untuk Piala Dunia dan tentu saja ada 11 pemain dalam pasukan bola sepak. Sebagai penghormatan kepada nombor 11, terdapat 11 warna yang digunakan pada bola.



Pada kali ini, maskot Piala Dunia adalah seekor Cheetah yang diberi nama Zakumi. Zakumi ertinya persatuan Afrika Selatan. "Za" merunjuk kepada Afrika Selatan. Manakala "kumi" bererti sepuluh, merujuk kepada 10 bahasa yang digunakan di negara tersebut.

Aku yakin setiap kita mempunyai pasukan pilihan masing-masing. Bagi aku, aku memilih untuk menyokong pasukan Belanda (Holland) yang memang aku sokong sejak dibangku sekolah lagi. Walaupun Belanda tidak sekuat seperti pada tahun 1998 dan 1994 namun aku percaya team Belanda pada kali ini akan tampil dengan lebih kemas lagi untuk menggondol kejuaraan pada edisi kali ini..

 

Walau apa pun pasukan pilihan kita mari sama-sama kita memeriahkan kejohanan 4 tahun sekali ini walaupun negara kita tidak menyertainya. Moga sukan dapat mengeratkan lagi hubungan manusia sejagat di dunia ini...

p/s : ramailah yang merah mata pagi-pagi gi keje coz berjaga tengah malam tgk World Cup..huhuhu... (Bagi can la Boss...)

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP