Sekarang ini terdapat pelbagai jenis
barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat
daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak
semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit
babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau
barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China,
Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Selaku umat Islam, kita sewajarnya
lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit
terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti
sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:
1. Tengok dan perhatikan betul-betul
struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah
sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk
dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan
mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.
Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik
bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit
terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah
dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik
tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu
produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada
bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk
kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi
satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk
lelaki.
Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan
daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan
seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.

