Showing posts with label Tanda-tanda malam Lailatul Qadar. Show all posts
Showing posts with label Tanda-tanda malam Lailatul Qadar. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Selamat Datang Ramadhan 1433H

Ramadhan Bulan Keampunan

Salam semua, Ramadhan datang lagi setelah setahun meninggalkan kita. Kita patut rasa bersyukur kerana diberi peluang lagi oleh Yang Maha Pencipta untuk bertemu lagi dengan penghulu segala bulan in. Dimana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan Lailatulqadar.

Bersempena Ramadhan yang tiba, suka untuk Rimau untuk berpesan-pesan kepada rakan-rakan pembaca semua dan untuk diri Rimau sendiri supaya kita benar-benar menghayati nikmat sebenar berpuasa dan hikmahnya supaya kita bersama-sama mendapat ganjaran seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah.

Ingatlah kita perintah berpuasa bukanlah untuk menzalimi kita sebaliknya untuk menyedarkan kita betapa diluar sana ramai yang menderita tidak dapat makan, kelaparan dan sebagainya. Jadi dengan berpuasa dapat membawa kita merasai keperitan yang mereka alami supaya kita menjadi hamba yang lebih bersyukur.

Penuhilah aktiviti berpuasa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. (Jangan asyik tidur saja. Berblogwalking takpe..heheheh..) supaya kita mendapat keberkatan dalam berpuasa. Berzikir, solat sunat, dan membaca Al-quran dapat menenangkan jiwa kita dan membolehkan kita rasa tidak lapar. Jangan asik menunggu waktu berbuka sahaja kerana percayalah semakin ditunggu semakin lambat jarum jam tu bergerak. Percayalah..

Dan tidak dinafikan akan ada banyak bazar-bazar ramadhan yang akan dibuka bagi memenuhi nafsu berbuka puasa kita. Ingat!! beli tak salah tapi jangan sampai mambazir!!. Memang syaitan telah dibelenggu tetapi nafsu kita yang dikawal oleh syaitan sebelum Ramadhan masih ada untuk mempengaruhi kita membuat pembaziran. Oleh itu kawal nafsu kita kerana itu adalah sebesar-besar Jihad!!!

Waktu berbuka makanlah kita sekadar mengisi perut yang kosong bukan makan sehingga perut tak tertampung untuk diisi. Kesian kat perut kita..bagilah dia rehat dalam bulan Ramadhan ni..

Dan disebelah malam pula jangan lupa kerjakan solat yang tak akan ada di lain-lain bulan iaitu Solat Tarawih. Tak larat buat 21 rakaat buat 8 rakaat. Bukan lama pun kalau ikut standard dalam 30 minit dah boleh siap untuk 8 rakaat tu. Rugi kalau tak buat di setiap malam kerana ganjarannya lumayan dijanjikan oleh Allah. Lebih hebat dari ganjaran yang NUFFNANG dan YouthSays bagi..heheheh..

Dan disepertiga malam perbanyakkan ibadah-ibadah sunat seperti qiammullail kerana pada bulan Ramadhan Allah membuka seluas-luasnya pintu-pintu Syurganya dan menutup pintu-pintu Nerakanya. Jadi pohonlah apa yang kita hajati semoga Allah Mendengar permintaan kita dan Insyaallah dimakbulkkanNya.

Dan akhir sekali pada 10 malam terakhir carilah malam yang diceritakan di dalam Al-quran iaitu malam Lailatulqadar. Iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun 4 bulan). Riwayat hadith menerangkan carilah ia pada malam-malam ganjil iaitu 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan. Tetapi harus diingat Rasullullah menyatakan 10 malam terakhir. ini bermakna kita tidak dapat memastikan malam ganjil diMalaysia ke atau di Mekah? Jadi memandangkan hadis ini terlalu umum maksudnya maka adalah lebih baik kita ambil kesepuluh-sepuluh malam tersebut dengan mengerjakan amalan-amalan yang mulia.

Semoga segala peringatan yang Rimau paparkan dalam post kali ini dapat kita sama-sama praktikkannya sepanjang bulan Ramadhan ini. Berdoalah supaya semua amalan kita diteima oleh Allah dan kita ditemukan dengan Malam Lailatulqadar...Amin.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433 HIJRAH

SPR : Dikesempatan Ramadhan Yang Mulia Ni Rimau Nak Mohon Ampun Dan Maaf Kepada Semua Pembaca dan Rakan-Rakan Blogger Andai Rimau Ada Membuat Salah Dan Silap Pada Kalian Semua. Semoga Kita Sama-Sama Mendapat Keberkatan Ramadhan Dan Segala Amalan Kita Pada Bulan Yang Mulia Ini Diterima OlehNya...Amin...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP