Thursday, July 21, 2011
Sepakan Penalti Yang Pelik Dari Theyab Awana
Pemain United Arab Emirates, Theyab Awana menjaringkan penalti dengan menggunakan belakang tumit (Back-heel) ketika pasukannya menang selesa ke atas Lubnan dalam satu perlawanan persahabatan.
Namun begitu cara pemain berusia 21 tahun itu mendapat reaksi negatif persatuan bola sepak UAE dan bakal berdepan tindakan kerana menganggap cara dia menjaringkan penalti itu sebagai memperlekeh pasukan Lubnan. Perlawanan tersebut berakhir dengan UAE menang 7-2.
Labels:
Theyab Awana,
United Arab Emirates
Tuesday, July 19, 2011
Pakatan ikrar teruskan pertubuhan BERSIH

Pemimpin Pakatan Rakyat berikrar meneruskan momentum perhimpunan BERSIH 2.0 dengan mengambil inisiatif desakan pembaharuan sistem pilihan raya yang dituntut pertubuhan itu disebarkan kepada penduduk luar bandar.
Perkara itu antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat khas pemimpin Pakatan di Petaling Jaya hari ini bagi meninjau sokongan orang ramai menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan sebelum pertengahan 2013. Mesyuarat tiga hari itu, antra lain bertujuan mensinergi perhubungan media antara tiga gabungan parti berkenaan, PAS, PKR dan DAP.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalanan di Kuala Lumpur menuntut pembaharuan dalam sistem pengundian negara atas alasan pilihan raya sekarang tidak telus dan seringkali di manipulasikan. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dianggotai oleh 62 NGO itu mendesak mahukan pilihan raya yang bersih dan adil.
Labels:
Bersih 2.0,
Pakatan Rakyat,
Perhimpunan
Thursday, July 7, 2011
Keputusan Undian Pusingan ke-3 Kelayakan Zon Asia Olimpik 2012
Keputusan undian menyaksikan Malaysia diundi bersama-sama jagoan Asia iaitu Japan, Bahrian dan Syria di dalam kumpulan 'C'. Menjadi kebanggan adalah kerana Malaysia merupakan satu-satunya wakil tunggal Asia Tenggara yang tertera bendera dikelompok 12 pasukan terbaik Asia. Tahniah Malaysia dan kejayaanmu kami nanti untuk mencabar pasukan elit Asia ini... Teruskan Mengaum Harimau Malaya......
Labels:
Bahrain,
Japan,
Kelayakan Olimpik 2012,
Malaysia,
Syria
Subscribe to:
Posts (Atom)